Wednesday, October 21, 2009

Kahwin untuk Seks

Perkahwinan dan Seks

Isu ini merupakan bersangkutan antara satu dengan yang lain. Saya tertarik apabila membaca isu lama tetapi ada baiknya juga kita baca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tentang perkara ini.

Tajuk Artikel adalah berkaitan "Salahkah Berkahwin Kerana Seks" dari laman IKIM, artikel ini memberi pendapat tentang perkahwinan misyar yang pernah menjadi perbahasan hangat pada satu ketika dahulu.

Apabila kita tengok pada tajuknya sahaja, sudah tentu boleh kita katakan perkahwinan dilangsungkan adalah diatas dasar cinta, kemahuan, agama dan juga seks.

Tanggungjawab juga harus dipikul untuk menjadi seorang suami dan bapa kepada keluarga. Perkahwinan bukanlah sekadar melepaskan hawa nafsu seks semata-mata.

Walaubagaimanapun perkahwinan dan seks tidak dapat dipisahkan, dimana ia merupakan kemahuan suami dan isteri.

Pada dasarnya juga artikel ini menyatakan pada hasrat perkahwinan pasangan tersebut dan niat mereka untuk berumah tangga. Pandangan yang diterima, perkahwinan merupakan ikatan perjanjian diantara kedua-dua belah pihak untuk mengukuhkan lagi zuriat keturunan dan meninggalkan perkara yang mungkar.

Seronok juga baca artikel sebegini.... cuma perkahwinan misyar ini tidaklah begitu teruk untuk dijadikan bahan hinaan atau cercaan. Tidak seperti yang kita sangkakan, yang penting kemungkaran tidak bermaharajalela...





Sunday, October 4, 2009

Belanja Kahwin

Belanja Kahwin oohhhh Belanja Kahwin,

Memang semua orang menghadapi masalah yang sama bila kita sembang hal belanja kahwin, dari belanja nak buat kad jemputan hinggalah kepada nak membeli bahan lauk-pauk.

Sekarang mungkin senang sikit just buat katering aje... tak payah nak pening kepala.
Tapi kita perlu bijak jugaklah mengaturkan perbelanjaan perkahwinan supaya tidak berlakunya pembaziran yang melampau.

Ada beberapa tips yang disyorkan untuk belanja kahwin ni...

1. Sediakan jadual, buat brainstorming aje dulu masukkan semua perbelanjaan kalau
ada, kalau tak ada cuba cari atau anggarkan.

2. Dari senarai yang dah di brainstorming tadi asingkan mengikut kepentingan, contoh
kalau hidangan tetamu ia perkara penting, manakala rakaman video mungkin kurang
penting.

3. Buat servey di beberapa kedai pengantin atau mak andam untuk mendapatkan pakej-
pakej yang istimewa, dapatkan apa yang boleh mak andam tu bagi, ada sesetengah
pakej mak andam dia siap bagi pakej fotografi. Kat sini anda dah jimatlah bab
fotografi.





4. Beli barang hantaran ketika ada promosi jualan kilang atau jualan hebat, sahabat
saya beli pakaian sebagai barang hantaran ketika jualan gedung jenama terkemuka.
Bab ni kena rajinlah sikit mencari..

5. Kad jemputan kalau nak jimat elok print sendiri aje, atau disatukan aje maksudnya
pengantin perempuan dan lelaki gunakan kad yang sama cara ni amat jimat dan tak
membazir sebab kalau pihak perempuan tak cukup boleh guna pihak lelaki punya dan
begitulah sebaliknya.

6. Dan, akhir jangan lupa peruntukkan wang kecemasan jika diperlukan tambahan.
Selalunya ada ajelah yang akan kurang bila dah dekat-dekat time nak langsung
nanti.


Begitulah 6 tips ringkas untuk persediaan BELANJA KAHWIN.

Kalau ada bolehlah kita kongsi bersama....


Ok, sekian dulu hingga jumpa lagi....